6.4.13

Kedai Makan, Kedai Kasut, Kedai Kek, Farmasi, Kedai produk kesihatan dan kecantikan Wanita, Salon Kecantikan di Parit Buntar, Perak

Pekan Parit Buntar, Perak berada di antara sempadan negeri Kedah dan Pulau Pinang. Kawasan Parit Buntar terbahagi kepada 3 kawasan Pekan iaitu Pekan Lama Parit Buntar, Bandar Baru Parit Buntar Fasa 1 dan Bandar Baru Parit Buntar Fasa 2.

Pekan Lama Parit Buntar atau terkenal dengan jolokan "kedai tepi sungai" kerana lokasinya yang berada di tepi sungai Kerian. Menempatkan deretan kedai-kedai lama tetapi cukup terkenal dengan menjual barang-barang yang sukar diperolehi(rare item), pinggan mangkuk, perkakas dapur, perabot, karpet, barang-barang hardware, perkakas rumah dan lain-lain lagi. Harga boleh ditawar sehingga pelanggan berpuas hati dan banyak pilihan. Dikawasan Pekan Lama jugalah lokasi pasar malam Parit Buntar setiap hari Jumaat petang sehingga ke malam. Di sini terdapat Kedai makan Halimah Firdaus dan Kedai makan Pak Ngah. Terdapat juga kedai yang menjual ikan bilis, ikan masin dan barang-barang keperluan dapur. Juga boleh didapati kedai membuat pakaian di bangunan Aked MARA dan juga butik Sew Theng serta kedai jahit C.P yang sedia menerima tempahan daripada pelanggan.

Bandar Baru Parit Buntar FASA 1 pula menempatkan market(barang-barang basah) serta setiap pagi di lokasi market tersebut juga ada jualan kuih muih dan roti canai Said. Berhadapan market terletak kedai Nasi Lemak Chegu, mempunyai banyak pilihan sambal untuk dimakan bersama nasik lemak, mee goreng, bubur nasik dan pelbagai pilihan makanan lagi. Selain daripada itu, disini juga menempatkan:
Supermarket Billion
  1. Pusat Pakaian Hari-Hari
  2. Kedai Kasut Seiko
  3. Kedai Langsir dan Fabric Zone
  4. Kfc
  5. Pizza Hut
  6. Kedai Kek Bayu Delight
  7. Kedai Kek Maria
  8. Kedai Emas Ridwan
  9. Kedai Emas Idaman
  10. Kedai Tudung Bawal
  11. Farmasi Vitro, Farmasi Najwa dan Farmasi Vision
  12. Kedai TELEKOM
  13. Bangunan Tabung Haji
  14. AMBANK
  15. Klinik Bersatu, Klinik Azhar, Poliklinik Kumari, Klinik pergigian Yusmin Azmida, Klinik Hidayah, Klinik Kulit Vijay
  16. Kedai Pakaian Haji Salim, Kedai Kain Nasha, Walinong Sari serta kedai-kedai kain yang lain
  17. Pusat Salon Lucy

...serta pelbagai lagi kedai lain


Bandar Baru Parit Buntar Fasa 2 pula menempatkan:
  1. Kedai DIY
  2. Gymnasium Diamond
  3. Kedai SK Frozen
  4. Kedai makan Yakin Cafe, Kedai makan Shaz, Old Town,Kedai makan Rimbun Cafe, Kedai makan Tomyam Aalia, Kedai makan Hye
  5. Pusat Pakaian dan perkakas rumah Longwan
  6. Pusat Perkakasan Bayi MANJAKU
  7. Hotel Melor In
  8. Butik Aaliya
  9. Otto Bundle
  10. Bublegurts
  11. Kedai minuman LOHAS, MOCHA Cafe
  12. Kedai Pakaian Halim
  13. Pusat Ar-Rahnu
  14. Sharm Herbs kedai produk kesihatan dan kecantikan wanita
  15. Kedai Gamat Healing

...dan pelbagai lagi.

Semoga info ini dapat membantu pembaca diluar mengetahui kedai-kedai di Parit Buntar.