15.6.11

Dapatkan wang daripada isi rumah


Tak ramai yang suka menyimpan botol2 minuman plastik, kertas2 dan kotak2 daripada barang-barang didalam rumah kita. Saya tahu sebabnya adalah semak dan tiada tempat bukan?

Sebenarnya kita boleh menukar botol plastic, kertas atau kotak tersebut kepada wang. Walaupun tak banyak tapi ia mampu menyumbang kepada tabung simpanan keluarga. Ia dapat menyumbang sekitar RM100 setahun untuk tabungan keluarga.
Contohnya, harga pasaran bahan terbuang disekitar Parit Buntar, Perak, untuk sekilo botol plastik =RM 0.80 sen. Botol plastik tersebut boleh didapati daripada botol2  sabun, botol2 shampoo, botol minuman, botol minyak masak, botol  ubat, botol air berkarbonat, plastik2 tupperware yang pecah atau rosak dan lain-lain yang boleh difikirkan.
Manakala untuk kertas dan kotak pula sekilo = RM0.25 sen. Kotak boleh disimpan melalui setiap barang2 yang boleh didapati dari dapur kita contoh, kotak2 milo, kotak susu anak-anak, kotak cococrunch, kotak ubat dan lan-lain lagi yang boleh difikirkan.
Untuk sekilo barang2 besi pula =RM 0.80 sen.
Jom kita kitar semula barang yang anda tidak inginkan dan dapatkan sedikit wang daripada bahan terbuang begitu saja,  mungkin ia akan diambil oleh orang yang tahu akan nilai harga daripada bahan – bahan terbuang itu.
Untuk penduduk di sekitar Parit Buntar, ada banyak kedai2 sebegini antara yang saya ingat adalah Ratnas Metal di Kampong Kedah berhadapan kedai pasu bunga dan satu lagi kedai bersebelahan Taman Murni di Parit Buntar. Lokasi agak tersorok dan nama kedai pun saya tak berapa ingat. Ini adalah antara kedai2 yang saya selalu pergi untuk menjual bahan2 yang memang saya hendak buang.
Semoga pembaca blog akan mendapat sedikit manfaat dari tulisan saya ini.
Continue Reading...