Jun 30, 2010

Kenapa doktor bedah pakai baju hijau?

Selalu kita tengok doktor bedah bedah orang ni pakai baju warna hijau kan? Pernah terfikir tak kenapa? Sebelum ni memang saya tak terlintas di fikiran pun kenapa doktor bedah ni pakai baju bedah warna hijau. Ok ini jawapannya. Sebelum2 ni memang doktor doktr bedah pakai baju warna putih macam yang kita Nampak kat hospital tu. Tak taulah siapa nama doktor ni, ada seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih denghan warna hijau kerana menurutnya warna hijau adalah warna yang sejuk pada mata kita. Lagipun warna hijau adalah warna yang berlawanan dengan merah.
Kenapa warna merah disebut disini? Kerana semasa pembedahan dan semasa dalam ruang pembedahan, mata ahli bedah tidak akan dapat dapat lari dari melihat benda-benda yang berwarna merah, antaranya organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika di bedah. Jika mata doktor doktor bedah tersebut terus menerus berfokus kepada warna merah akan menyebabkan signal warna merah di otak memudar sensitivity terhadap warna selain dari merah. Ini akan membuatkan pakar bedah kurang member tumpuan dan mengganggu penglihatan mereka. Jadi dengan pemakaian baju bedah berwarna hijau , ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Sumber boleh di baca di: estidotmy hari Rabu