Pages

Nuffnang Ads

21.5.10

Tip Tip menulis brochure

Kita bersambung lagi tentang brochure...kali ini berkaitan tips menulis brochure.

Selamat membaca!

Cara menyusun elemen-elemen dalam brochure yang dikehendaki haruslah kreatif mampu membuatkan pembaca mahu mengetahui lagi ...dan lagi dan lagi . Brochure yang menarik adalah brochure yang menonjolkan produk utama seiring dengan tajuk utama.

Disini di berikan contoh-contoh ayat tarikan:

• Anda mempunyai masalah serangan anai-anai yangteruk? Baca selanjutnya untuk mengetahui cara menangani masalah tersebut…
• Bagaimana kami dapat membantu anda?
• Apakah manfaat perkhidmatan ini kepada anda?
• Di manakah lokasi kami?
• Berapakah harga perkhidmatan ini?

Brochure yang didatangkan dalam format soalan dan jawapan adalah adalah brochure yang terbaik. Dengan memberikan soalan, pembaca akan lebih berkeinginan untuk mengetahui dengan membaca dan membaca seterusnya untuk mendapatkan jawapan.

Apa yang hendak anda tonjolkan adalah produk dan nama produk bukan? Tetapi harus dingat jangan dilupakan ayat-ayat yang mampu membuatkan pembaca membaca brochure anda sehingga habis.

Anda biasa mendengar ayat-ayat iklan di televisyen bukan? Pernahkah anda iklan seperti;
  • Anda inginkan badan yang langsing? Bulleted List

  • Inginkan kulit yang putih dan licin?

  • Gunakan produk ABC untuk mengembalikan keinginan anda!

Itu sebahagian daripada contoh ayat yang kita biasa dengar di televisyen atau di radio. Tetapi pengiklanan cara tersebut memakan kos yang bukan sedikit sebenarnya. Banyak wang yang harus dibelanjakan untuk membuat promosi seperti itu!

Dibawah adalah contoh brochure yang saya telah buat, tetapi ia lebih bersifat education. Just for sharing. Tiada agenda tersembunyi. Saya tidak mengatakan ia adalah contoh yang baik..namun mungkin ia boleh di jadikan sebagai sumber percanggahan idea.....

Next entry, aku akan tulis berkaitan pemilihan dan penggunaan warna-warna.....