Pages

Nuffnang Ads

21.5.10

Brochure a.k.a Risalah



Dah lama aku tak update blog...sibuk dengan kerja 8-5 dan anak2 aku yang tengah membesar.....aku nak update waktu malam...aku sendiri pun dah terbongkang...
Oklah...aku nak menulis tentang brochure atau risalah. Tulisan tentang brochure ni lebih kepada brochure atau risalah untuk sesuatu produk.
Aku tulis ni berdasarkan bacaan yang aku baca sebelum-sebelum ni....kalau bagus korang jadikanlah panduan, kalau tak bagus just komen aje k!
Cara penulisan ni aku tulis agak formal sikit...so korang bacalah dengan intonasi, nada dan feeling formal.

Selamat membaca!

Pengenalan

Brochure atau risalah adalah helaian kertas yang mengandungi maklumat dengan tajuk dan tujuan yang telah ditentukan objektifnya. Pada asasnya brochure sebenarnya merupakan sebahagian elemen penting dalam perniagaan kita. Ia memaparkan kita sebagai individu yang mempunyai sebuah perniagaan dan sekaligus memperkenalkan perniagaan kita kepada umum.
Mengapa Brochure?
Brochure boleh di kongsikan kepada ahli keluarga, sahabat handai, saudara mara dan kenalan. Brochure juga boleh mendatangkan peluang perniagaan kepada kita di masa-masa akan datang. Kerana mungkin pelanggan atau bakal pelanggan anda akan menyimpannya sebagai rujukan.

Penguasaan Perisian

Adalah penting sekiranya anda mengetahui serba sedikit perisian ilmu computer. Untuk pengguna baru yang belum pernah membuat apa-apa brochure, di sarankan anda menggunakan Micrososft Publisher yang boleh didapati didalam Microsoft Office 2007. Sekiranya anda menggunakan perisian Microsoft Office 2003 ataupun Microsoft Office XP, Microsoft Publisher ini hendaklah di install secara berasingan. Didalam Micrososft Publisher banyak template yang telah disediakan untuk kegunaan kita sebagai pengguna. Ianya mudah.
Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan perisian seperti Macromedia Dreamweaver ataupun Adobe Photoshop untuk membuat rekaan image untuk brochure anda.
Brochure yang menarik
Ini adalah contoh-contoh brochure yang menarik yang boleh kita jadikan rujukan. Selain daripada itu, anda juga boleh cari contoh-contoh brochure yang boleh didapati daripada sumber di internet.
Anyway, kalau dirasakan tidak sesuai untuk anda...sila abaikan.






Akan datang, tip menulis brochure.....tunggu....